Sunday 23 November 2008

Semangat 2009

SEMANGAT BARU UNTUK TAHUN 2009 BAGI PEJABAT KESIHATAN MUAR PERLU BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN KHUSUSNYA DI DAERAH MUAR.Dr MOHAMAD ZULKIPLI B OTHMAN PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM UD54(PEGAWAI KESIHATAN DAERAH)DALAM UCAPANNYA SEWAKTU MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN MENEKANKAN BAHAWA SEMUA ANGGOTA PERLU FAHAM DAN MELAKSANAKAN FUNGSI-FUNGSI TERTENTU DIDALAM KESIHATAN AWAM.



Mesyuarat Pengurusan Jabatan yang diadakan bertempat di PK Bandar Maharani Muar pada 15/11/2008 bermula jam 2 petang telah dihadiri oleh semua ketua unit,Pakar-pakar kesihatan Keluarga serta Pegawai perubatan.Mesyuarat dimulakan dengan taklimat dari Dr Mohamad Zulkipli bagi menerangkan fungsi-fungsi anggota yang berkhidmat di kesihatan awam.Terdapat 9 fungsi kesihatan awam iaitu
1.Pemantauan dan analisa situasi kesihatan semasa
2.Pengawasan epidimiology - kawalan & pencegahan
3.Polisi dan perancangan
4.Pengurusan stratergik
5.Mematuhi peraturan,akta berkaitan
6.Pembangunan dan perancanagan sumber manusia
7.Promosi Kesihatan dan social empowerment
8.Memastikan kualiti penjagaan kesihatan
9.Pembangunan kajian dan pengimplementasi inovasi untuk penelesaian masalah kesihatan

Selain daripada perkara tersebut,beliau turut menyentuh berkenaan peranan pemimpin dan pengurus.
Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan hal-hal berbangkit dan diakhiri dengan sesi pengenalan anggota baru yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat dan 5 orang ketua jururawat.Mesyuarat berakhir jam 5:15 petang.

Ikhsan dari http://pkmuar.moh.gov.my

No comments: