Friday 14 November 2008

BAYARAN INSENTIF POS BASIK KEPADA ANGGOTA PARAMEDIK DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) YANG MEMPUNYAI KELULUSAN SIJIL POS BASIK

BAYARAN INSENTIF POS BASIK KEPADA ANGGOTA PARAMEDIK DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) YANG MEMPUNYAI KELULUSAN SIJIL POS BASIK

1. Kerajaan telah bersetuju supaya anggota-anggota paramedik di KKM yang memiliki sijil pos basik dan menajalankan tugasnya dalam bidang penjagaan kritikal dan bidang pengkhususan klinikal diberi Bayaran Insentif Pos Basik dengan syarat-syarat berikut:-

(i) Hanya satu sahaja Bayaran Insentif Pos Basik yang boleh diterima oleh anggota paramedik walaupun anggota tersebut mempunyai lebih daripada satu sijil pos basik;

(ii) Dibayar kepada anggota paramedik yang mempunyai sijil pos basik dan bertugas di dalam bidang yang sama;

(iii) Anggota paramedik yang bertugas merawat pesakit jiwa, tibi dan kusta serta memiliki sijil pos basik hanya layak menerima satu jenis elaun sahaja yang mana lebih tinggi; dan

(iv) Kadar Bayaran Insentif Pos Basik adalah sebanyak RM100.00 sebulan dan dibayar kepada anggota paramedik tanpa mengikut gred.

2. Senarai bidang penjagaan kritikal dan bidang pengkhususan klinikal pos basik yang diluluskan Bayaran Insentif Pos Basik adalah seperti berikut:-
Bil.
Bidang
1. Anestesia
2. Kebidanan
3. Kecemasan
4. Kejururawatan Kesihatan Awam
5. Muskulo-Skeletal
6. Perawatan gerontologi
7. Perawatan Koronari
8. Perawatan Neonat
9. Perawatan Oftalmik
10. Perawatan Onkologi
11. Perawatan Ortopedik
12. Perawatan Pediatrik
13. Perawatan Perioperatif
14. Perawatan Psikitari
15. Perawatan Rapi
16. Perawatan Renal
17. Pembedahan Mulut (Maksilofasial)
18. Rawatan Otodontik
19. Rawatan Periodontik
20. Sitologi
21. Tomografi Berkomputer
22. Transfusion Medicine
23. Hemeostasis
24. Perawatan Otorinolaringologi
25. Perawatan Neurosains
26. Perawatan Perianestesia

No comments: