Monday 10 November 2008

Amalan Solat Dhuha

Assalammualaikum & salam sejahtera..
Alhamdulillah berjumpa lagi kita Kali ini, Saya nak berkongsi tentang amalan solat Duha .. Marilah kita sama-sama mempraktikkannya.. Biasanya ramai yang tak ambil pusing tentang solat Duha ni apalagi nak melaksanakannya.. Alasan?? Macam2 yang diberikan.. waktu kerja la, malas la, solat Duha tu hanya sembahyang sunat la.. sedangkan yang wajib pun terkontang-kanting nak menunaikannya.. ye tak? Wallahu a’lam.. Semoga dengan berkongsi solat Duha ni, ramai yang akan menyedari fadhilat di sebalik solat Duha ok..? Insyaallah..
Ramai yang tidak mengetahui bahawa solat Duha ini sebenarnya adalah KUNCI KEMURAHAN REZEKI dan KEBERKATANNYA REZEKI kita.. Jadi pernah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Kekasihku Rasulullah s.a..w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa “Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar ”“Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah bacalah surah Ad-Duha . Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir).Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini :
Berdoalah :
” Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu “.” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”.Firman Allah s.w.t. (Untuk Manusia);“Katakanlah, “Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya. Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk”. (Surah Al-An..am:162-63)
Wa’lah’hu’alam .p/s: Selamat beramal

No comments: